begitulah alkisahnya diri aku hari ini...setelah pulang dari membanting tulang di Lazzat..aku bergegas ke depan komputer ku...dengan penuh semangat aku menekan suis untuk menghidupkn PCku...berkali-kali ku menekan tetapi skrin definisi tinggi 22inci ku masih gelap..kaku tanpa sebarang kerlipan dari output kad grafik ati hd4850 ku..."WTF???" jerit hati kecilku sambil meronta-ronta...kenapa ini terjadi pada diriku..ketika hari cuti musim dinginku..baru semalam ak menginstall game yang diwar-warkan sebagai game terulung tika ini iaitu "Crysis Warhead"...tapi hari ini komputerku pula kiok tanpa sebarang amaran..aku ralat dengan keadaan ini...ak merasa seperti ingin menerajang pakcik tua didepan rumahku..aku ingin mengkarate kepala pemandu teksi yang selalu kurang ajar dijalan raya..ahhh..berbagai2 emosi mengisi ruang hatiku ini...panas hatiku..panas sekali..panas sehingga kedinginan musim salju yang mencecah 8 darjah selsius gagal menyejukkan hatiku...namun...setelah puas ak menyumpah seranah cpu ku, kad grafik, ram, microsoft vista, power supply, pekerja dinkums, pakcik depan rumah dan sebagainya...aku akur dengan kejadian ini...aku akur dengan kegoblokan yang melanda diri aku malam ini...aduhh..bala apa ini...lantas aku meminta bantuan che yum...bukan cik mariam...tetapi nazif atau cheyum name gelarannya...dengan bantuan jejaka berkepala seperti fesyen orang red indian apache ini..degan sistematik punca masalah cuba dikenalpasti...akhirnya dua komponen yang mungkin menjadi dalang disebalik segala kepincangan ini berjaya dikantoikan dengan jaya...aduhhh...nampak gayanya aku perlu mengorak langkah, menekan pedal atau memulas handel skuterku menuju ke MSY di North Melbourne...begitulah coretanku hari ini...inilah kisah aku sekeping roti...ehh...kisah akula...meran..huhu...sekian sahaja kawan2..wassalam
xdenye jatuh ditimpa tangga...ni jatuh tersungkur je ok...
ReplyDeletemengom.... ahhahaha!~ dah ok ke?
ReplyDelete